Pengajaran bahasa Turki dilaksanakan berdasarkan Kerangka Rujukan Bersama Eropah untuk Bahasa (CEFR). Pengajaran bahasa dilaksanakan dalam enam tahap, iaitu A1, A2, B1, B2, C1 dan C2, yang ditetapkan berdasarkan kriteria Portfolio Bahasa Eropah. Selain pengajaran bahasa Turki, Institut Yunus Emre turut menganjurkan aktiviti kebudayaan dan kesenian sebagai wadah interaksi kebudayaan. Dengan demikian, para pelajar berpeluang mengenali budaya Turki sambil mempelajari bahasanya.
Kursus dikendalikan oleh pengajar yang pakar dalam bidang Pengajaran Bahasa Turki sebagai Bahasa Asing. Buku teks serta bahan bantu mengajar visual dan audio yang disediakan oleh Institut Yunus Emre digunakan dalam kursus, selaras dengan kriteria Kerangka Rujukan Bersama Eropah untuk Bahasa dan prinsip pengajaran bahasa Turki sebagai bahasa asing.